Penilaian Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Kemahiran mendengar :
- Kemahiran paling asas
- Berlaku pada peringkat penerimaan
- Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.
Kemahiran bertutur :
- Melafazkan bunyi-bunyi bahasa daripada alat2 artikulasi
- Peringkat penglahiran
- Perlu ditiru & diajuk
- Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.
Tujuan kemahiran lisan :
- Menyebut perkataan / ayat dgn betul
- Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
- Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
- Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
- Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, & perbendaharaan kata yg luas.
Kemahiran-kemahiran yang boleh :
- Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
- Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
- Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain.
- Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
- Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
- Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
- Bacaan kuat
- Syarahan
- Perbahasan
- Bercerita
- Perbincangan
- Hafazan
- Temu bual
- Soal jawab
- Nyanyian
- Deklamasi sajak
- Mendengar dan memberi respon secara lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
- Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
- Mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
- Mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
- Mengesan kelancaran dalam sebutan.
- Mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
Cth : PLBS
- Menyediakan instrumen soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
- Aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
- Pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
- Aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
Penilaian Kemahiran Menulis
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti:
- Karangan
- Laporan projek/kerja kursus/folio
- Latihan dan ujian bertulis
- Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
- Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
- Kemahiran menulis
- Menyusun idea
- Penggunaan tanda baca
- Perbendaharaan kata
- Mengaplikasi
- Mentafsir
- Menilai
Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
- Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji.
- Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami.
- Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
- Aras kesukaran soalan dipelbagaikan.
- Skema pemarkahan disediakan.
Bentuk item
1. Bentuk Item Objektif
2. Bentuk Item Subjektif
Mengesan serta merta
- Tujuan – mengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-merta semasa pengajaran harian
- Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid.
- Bagaimana ?: (Dirancang jika perlu, individu @ kumpulan, tiada instrumen khusus )
- Merekod & Melapor : (Perlu direkod dan dilaporkan jika perlu )
- Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-merta seperti; bimbingan, teguran, nasihat dan pujian)
Mengesan kemajuan
- Tujuan – mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
- Bagaimana? : (Perlu dirancang, individu @ kumpulan, gunakan instrumen seperti -lembaran kerja dan ujian bertulis )
- Merekod & Melapor (perlu direkod dan dilaporkan jika perlu
- Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan )
- Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai murid melalui ujian: objektif @ subjektif.
Mengesan pencapaian
- Tujuan – mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran
- Bagaimana? : (Perlu dirancang, secara individu, gunakan ujian bertulis)
- Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif.
- Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu )
- Merekod & melapor (Perlu direkod dan dilapor )
Penilaian kemahiran membaca
Antara aspek yang digunakan untuk menilai kemahiran membaca :
- Penggunaan bahasa yang tepat.
- Kelancaran berbahasa yang baik.
- Penggunaan intonasi yang betul.
- Sebutan dan jeda yang tepat dan betul