CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 7, 2010

ISL MINGGU 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

a) Penilaian Melalui Projek 
b) Penilaian Melalui Kertas Kerja

 
PENGENALAN
ü  Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. 
ü  Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan.
ü  Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali.
ü  Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah.
ü  Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.
ü  Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan.
ü  Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain.
ü  Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.  
  
TUJUAN
ü  Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:
o   Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab 
o   Memberi kebebasan kepada pelajar untuk  menunjukkan kreativiti dan inovasi 
o   Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di  luar bilik darjah
o   Memotivasikan pelajar untuk belajar
o   Memberi peluang pelajar memainkan  peranan sebagai pemimpin
o   Membenarkan pelajar menentukan peranan 
o   Membolehkan pelajar yang mempunyai  minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan    mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya

LANGKAH-LANGKAH
Langkah 1 : Menentukan tajuk dan skop Projek
Langkah 2 : Menjalankan penilaian awal projek
Langkah 3 : Melaksanakan  strategi
Langkah 4 : Memproses  Maklumat
Langkah 5 : Menilai Hasil Projek  

Ciri-Ciri Penilaian Projek
·                     Projek / tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual,
·                     kinestetik)
·                     Menggunakan jangka panjang.
·                     Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
·                     Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif.
·                     Tiada didapati satu jawapan yang benar.

·                     Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif:
o    membuat menyediakan projek
o    kumpulan koperatif
·                     Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan.
·                     Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.
·                     Peluang menilai pelajar dalam:
o    Kreativiti
o    kemahiran merancang
o    integrasi pengetahuan
o    kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
·                     Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu
·                     Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu
·                     Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
·                     Aktiviti yang bermakna
  

Dengan itu penilaian projek ini dapat :
·         Mengulkur proses meta-kognitif dan sikap pelajar.
·         Memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik.
·         Membantu pelajarmengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.


Jenis-jenis Penilaian Projek
·         Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan).
·         Extended tasks assignment – menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model
·         Portfolio – koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
·         Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

 

    No comments: